kelong pozi kuala lukut |
Memang arus dah cantik tapi kami berempat membangau sahaja. Untuk menghilangkan bosan, kami layan saja la ikan serkut @ sarjan. Untuk bagi buah tanga kepada kawan, aku bawa tangguk dan tunggu di tangga. Akhirnya seekor tamuk malang sebesar betis aku berjaya ditangguk.
Aku yang sambung satu hari juga membangau sehinggalah ramai pemancing balik. Semasa duk mengemas barang nak balik, sambil2 tu aku hulur juga umpan udang hidup. Tak sampai sejam 3 kali strike ebek dan Gt.
Rumusan aku, kalau nak mancing di kelong Pozi biar suasana senyap kerana air di kelong Pozi agak cetek dan ikan makan hampir dengan kelong.Kalau nak dengar radio atau nak main guitar tu, elok layan kat rumah sajalah.berminat pakej guide : 01120704297 sabri
sabry wireman, adiknya dan rakanya |
tamok tangguk |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan