Selasa, 29 Oktober 2013

IKA AND THE GANG SEKALI LAGI DI KELONG POZI

kelong pozi
Sebenarnya Ika dan kawan2nya telah pernah mengikuti pakej aku di Kelong Pozi pada tahun lepas. Oleh kerana mereka masuk pada tahun lepas tetapi hasilnya menghampakan. Jadi pada tahun ni mereka masuk sekali lagi dengan persediaan yang lebih rapi tetapi masalah teknikal dengan pengusaha kelong telah menyebabkan rancangan yang di rancang tidak berjalan dengan lancar. Yang malunya ialah aku kerana aku yang menyusun perjalanan ini. Aku mohon maaf kepada Gang2 Ika kerana masalah teknikal yang disebabkan kecuaian.
Gang2 Ika agak lambat naik kelong jadi aku naik dahulu kerana nak menyediakan umpan tamban hidup. Sesampai di kelong hujan turun agak lebat jadi aku apolo tamban dalam hujan. Nak buat macamana, aku mesti menyediakan umpan yang mencukupi supaya pemancing2 dapat memancing dengan puas hati.
Pada malam tu, kami mencuba dengan umpan udang hidup potong dan juga tamban hidup tetapi nampaknya ikan hanya membisu tak trekata apa2. Kami hanya membangau saja. Dah puas juga berbagai cara aku guna tetapi nampaknya tuah tidak menyebelahi kami.
ikan ni naik tanpa perambut steel
Selepas bangun tidur keesokan hari, aku apolo tamban sekali lagi. Pemancing bertukar umpan bersilih ganti di mata kail tetapi tetap tidak membuahkan hasil. Ika yang masih bersemangat lagi tidak putus2 menukar umpan selang beberapa minit. Matahari sudah segalah dan perit bahang panas mula terasa, aku masih lagi apolo tamban mencari umpan. Tetiba, salah satu joran Brother Ika terangkat dengan diikuti desingan tali utama yang keluar laju. Ika yang menyambar jorannya terus melayan joran tersebut manakala aku terus berlari mendapatkan hook. Dalam kepala aku ikan senangin yang meragut umpan . Ika dah melayan ikan sampai di tepi kelong tetapi ikan masih belum menampakan diri.
Akhirnya seekor baracuda sepanjang hampir sedepa mula menampakan diri. Aku yang cuba hook beberapa kali akhirnya berjaya juga menaikan ikan tersebut. Selepas Ikan menaikan baracuda tersebut, ada juga beberapa ekor baracuda junior pula menyusul dinaikan pemancing. Nampaknya hanya seekor gadang sahaja yang dapat dinaikan. Aku minta maaf sekali lagi pada gang2 Ikan sekiranya servis yang aku bagi kurang memuaskan.
Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat aku sebagai guide memancing samada di kelong Pozi atau di Kelong Mamud bolehlah menghubungi di 012 6804742 sabri

tumpang bergambar...

gaya sikit... kasi bakar

aku punya pun baracuda gak tetapi junior saja laaa...

eh.. aku lagi yang dapat

biar kecil tetapi berceloreng bro...

mahu balik seberang pak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan