kelong Pozi |
Pakej kali ini seramai 18 orang diketuai oleh En Shahar naik kelong Pozi pada 12 jan 2012. Beliau yang menelefon aku akan masuk pagi. Oleh kerana mereka akan masuk pagi, maka aku terpaksa naik kelong petang jumaat 11 Januari kerana aku perlu buat persiapan awal supaya tidak kelam kabut semasa group ni naik kelong. Selain tu, aku juga perlu awal kerana nak apolo umpan tamban hidup yang banyak pada awal pagi. Selain tamban dan selar aku juga menyediakan 300 ekor udang hidup. Kali ini aku sediakan juga 3 kolam takungan umpan ikan hidup yang boleh memuatkan hampir 200 ekor tamban dan selar hidup.Aku yang naik kelong sehari lebih awal dan menaikan seekor senangin dan ikan susu.
Encik Shahar yang lewat sedikit dari jadual awal tiba di kelong lebih kurang pada pukul 11 pagi. Oleh kerana ramai, boatman angkut 2 kali ke kelong. Setelah sampai, aku bagi sedikit taklimat awal seperti biasa untuk dapatkan sedikit info tentang pemancing. Rupa2nya ada 2 kumpulan pemancing iaitu kumpulan yang sudah otai dan yang baru berjinak dengan dunia memancing.
Pada hari memancing air laut agak sejuk dan ikan agaknya tidak aktif membuatkan kebanyakan pemancing membangau sahaja. Hanya anak2 ikan kecil yang banyak menggetu umpan udang hidup. Gambar2 di bawah tentu boleh menceritakan keadaan sebenar di atas kelong. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada encik Shahar dan geng yang sudi menggunakan khidmat dan pakej aku.berminat pakej guide : 01120704297 sabri
2 ekor susu |
daun baru, ketuka, ikan sebelah dan susu |
susu dan senangin |
senangin 2.5 kg |
anak ebek |
en Shahar sedang menyediakan BBQ |
mr kerapu |
anak jenahak sahaja. Mana mak bapaknya? |
masih pelbagai spisis |
sepatutnya lebih hasil lagi |
strike seekor penyu buat semua orang gabra |
hasil gred A |
Public bank anglers |
apa salahnya bergambar |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan