Ahad, 17 Jun 2012

GILA-GILA ATAS KELONG

perlu kemahiran jika mahu memancing di atas kelong ni
21 April aku bawa group Yus seramai 5 orang sahaja. Sewaktu group Yusri hendak bertolak pulang, satu lagi group Rofi dari Shah Alam sudah sampai. Walaubagaimanapun, aku terpaksa layan group yang hendak pulang dahulu. Aku mohon maaf pada group Rofi kerana terpaksa layan group yang mahu pulang dahulu.

reunion atas kelong pun best laa..

Group Rofi ni group yang masih muda dan belia remaja. Kebanyakan mereka masih bujang lagi termasuk ada yang telah berumahtangga tetapi masih mengaku bujang lagi. Sejak sampai lagi group ni memang happy go lucky. Sentiasa bergelak ketawa sambil bersapa dan mengutuk mengata sesama sendiri. Dalam group ni memang ada yang dah mahir memancing dan ada yang masih baru memancing dan termasuk juga yang tak tahu memancing. Jadi aku agak sukar untuk menentukan target memancing group ini. Walaubagaimanapun, aku telah menyediakan 250 ekor udang hidup sebagai umpan.

sejuk2 ni melelapkan mata pun best 
Oleh sebab, semalam aku dah bawa group Yusri, jadi pada hari ini aku tak berani nak target lagi sebab semalam jenahak telah naik dan ada yang rabut. Semua tu membuatkan aku tak berapa sedap hati tetapi walaubagaimanapun, arus laut bergerak lebih cantik berbanding semalam. Seperti biasa, aku meminta group ni mencuba umpan udang hidup terlebih dahulu. Seperti semalam juga, anak2 ikan telah banyak menghabiskan umpan udang hidup. Terasa rugi sahaja memandangkan umpan udang hidup bukanya murah. Pada hari ini, aku terpaksa meminta tolong kawan dari kajang datang membantu. Dia orang yang tolong apolo umpan tamban hidup manakala aku melayan group Rofi.

kalau dalam cerek tu ada kopi radix kan best

 Nasib kami baik, petang tu sahaja 2 ekor ebek dan seekor daun baru besar telah berjaya dinaikan. Semasa ikan tengah galak, tetiba  reel aku berdesing kuat dengan joran melengkung seperti U. Aku capai rod dan cuba bertahan dan akhirnya ikan berhenti menarik. Walaubagaimanapun, ikan tersebut hanya berhenti sekejap dan meneruskan larian sehingga habis tali dalam reel. Aku mengagak ebek yang agak besar atau pun GT punya angkara. Petang tu memang agak meriah kerana kami berjaya menaikan seekor talang dan juga seekor parang. 
aku punya alu2 putus la. pinjam sekejap ek nak bergambar
Apabila hari beransur gelap, aku meminta group ni menukar kepada menggunakan umpan tamban hidup. Nasib kami masih baik kerana berjaya menaikan 2 ekor jenahak bersaiz 1 kg lebih. selepas itu aku terpaksa  keluar kerana ada urusan peribadi dan segala urusan guide aku serahkan kepada kawanku.
Semasa pulang semula ke kelong, aku dapati group rofi telah menangguk 6 ekor cecumit. Memang banyak cumit yang masuk kelong pada malam tu. Aku turut menangguk 4 ekor cumit lagi tetapi kali ini aku terpaksa bersaing dengan baracuda yang turut berminat menangkap sotong. bayangkan lah, semasa aku mengangkat tangguk mahu menagguk cumit tetiba sahaja baracuda menyambar dahulu dan ini membuatkan darah aku menyirap. nasib baik baracuda tu berselindung sebalik tiang konkrit yang telah tumbang.


Semasa air mula pasang pada waktu awal pagi dalam pukul 4 pagi kami pun menggunakan umpan cecumit dan berjaya menaikan seekor jenahak dan seekor tetanda.  Tetapi kebanyak umpan cecumit habis di curi ketam sahaja. Baki cumit 3 ekor aku simpan untuk digunakan semasa air pasang penuh.
jadilah dapat tarik ebek

Apabila matahari mula muncul, aku terus menggunakan baki 3 ekor cumit yang masih hidup. Tak sampai 5 minit seekor alu-alu dan 2 seekor jenahak telah berjaya dinaikan. Manakala rakan aku yang memancing dibahagian belakang kelong menaikan seekor pari karang. Akhir sekali satu lagi hentakan joran membuatkan kami kelam kabut tetapi sayang kerana rabut angkara alu-alu lagi. 

pelbagai spisis

Pada pagi tu memang terasa best tetapi sayang dalam masa 15 minit sahaja dapat melayan ikan, tetiba sahaja ribut sampai membuatkan kami lintang pukang mengemaskan barang yang diterbangkan angin. Aktiviti memancing terus terbantut sampai di situ sahaja kerana ikan ribut dan hujan lebat. 

masing-masing mengaku punya

Selepas hujan berhenti air keruh dan beralun kuat menyebabkan tak ada seekor ikan pun yang sudi menjamah umpan tamban hidup. Oleh kerana kesejukan, kami menghabiskan masa dengan makan dan minum sahaja.Manakala yang beberapa pemancing masuk ke dalam bilik dan menghabiskan masa dengan bermain daun terup dan tidur.

Selepas tengahari, air pun dah surut. kami pun mengemaskan barang-barang masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan memancing  group ni memang terpancar kerana ramai dikalangan mereka tidak pernah memancing ikan yang lebih besar daripada gelama.

tetap ceria walaupun semasa hendak pulang

Aku memang suka dengan group ni kerana sentiasa happy dan sporting tentang soal makan dan minum. Ada ikan atau tiada ikan mereka sentiasa bergelak ketawa sambil mengusik kawan2. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada group Rofi kerana sudi memilih aku menjadi guide memancing mereka. Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan khidmat saya bolehlah menghubungi saya.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan