Jumaat, 3 Februari 2012

CERITA DALAM PAKEJ JENAHAK PANGGANG

jenahak merupakan ikan yang sering diburu oleh pemancing
Aku memang bercita2 dari dahulu lagi hendak membuat pakej tetapi tidak tahu begaimana, bila, kenapa dan dengan siapa? Mungkin rezeki aku, aku mengikuti kursus menjadi Nature Guide secara tidak sengaja. Dari kursus itulah, minda aku terbuka sedikit bagaimana hendak membuat pakej. 


Mula2 aku bercadang nak buat pakej membawa pelancong ke alam semula jadi tetapi tenaga dan pengetahuanku tidak sampai ke tahap itu. Aku memilih pakej memancing kerana memancing memang minat aku selain itu aku dapat berkongsi ilmu dan pengalamanku sebagai pemancing.


Bukan keuntungan yang aku kejarkan sangat kerana aku sudahpun mempunyai pekerjaan tetap yang sudah boleh menjamin kehidupanku tetapi kepuasan dalam hidup dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain memberi kepuasan dalam hidupku. Selain itu, dengan adanya pakej lebih memberi peluang aku mengembara seluruh negara kerana selain memancing, mengembara adalah minatku sejak kecil lagi.
Segala kekurangan dalam pakej yang aku anjurkan, aku memohon maaf dan segala teguran yang aku terima, insyaAllah aku akan perbaaiki.Sekian dan terima kasih kepada yang sudi berkongsi pengalaman dalam pakejku.berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan