Selasa, 2 Februari 2016

MEMANCING BERSAMA BEKAS ANAK MURID

Kali ini aku memancing bersama bekas anak murid aku. Suatu hari jonathan siao iaitu bekas anak murid aku yang kerja di England mesej kat dalam wassap. Dia ajak aku tolongkan guide dia bersama group memancing di kelong Mamud. Dia pilih awal januari 2016 untuk bercuti dan santai bersama kawan sekolah. lebih kurang reunion dengan kawan-kawan sekolah dulu kot. Seramai 10 orang dia orang datang.
Dia orang ni memang datang nak enjoy melepaskan tension kerja. Macam biasa kalau non muslim datang mancing atas kelong akan bawa air tin cap rimau. Boleh dikatakan semua dia orang ni memang golongan profesional. 
Ramai yang baru nak cuba lontar joran. Berpuluh juga la mata apolo yang aku sediakan tersangkut kat tiang kelong mamud. Turut lebur batu ladung aku sekali. Menjelang petang, purata dah pandai lontar joran. Aku tak siapkan mata perambut ikan besar sebab memang dia orang ni nubis kubis. 
maaf la, aku memang penat sangat
Mau tak mau aku sendiri yang lontar umpan tapi memang hari tu tak ada sangat ikan mau gigigt umpan. 
Menjelang malam aku ada terdengar ikan senangin mengambur tepi kelong saja. Jadi aku pasang umpan dan labuhkan tak jauh dari tiang kelong. Tak lama selepas tu satu strike yang membuat muka boleh senyum. Jonathan sendiri yang sambut strike joran tu. Lama juga dia layan lalu disambung olah aku sendiri. Aku memang dapat mengagak ni ikan gubal yang berada dihujung mata kail tapi ikan ni tak mau timbul langsung. Walaupun dah hampir tiang memang aku tak nampak bayang langsung. Anggaran aku mau lebih 5 kg berjaya menewaskan aku apabila ikan berjaya melarikan diri disebalik tiang yang bergerigis dengan teritip.
Keesokan pagi juga tiada sambutan sangat. Hanya beberapa ekor anak talang yang tersangkut pada mata apolo sahaja yang jadi pengubat rindu strike. Sebelum tengahari, Jonathan dan kawan sudah hendak keluar dari kelong apabila tak tahan dengan perit mentari musim panas.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Jonathan bersama kawan dari Ipoh

anak saja

gaya orang kota menikmati matahari terbenam

memang cuaca cantik hari tu

menghitamkan diri

senja nan merah lagi

hasil tak seberapa

eksyen saja ni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan