Rabu, 21 Oktober 2015

TEAM ROJAK DI KELONG POZI KUALA LUKUT

kelong Pozi Kuala Lukut
Pada cuti awal Muharram 2015 aku bawa team yang boleh digelar team rojak kerana aku bawa 3 team yang dicampur-campur menjadi 9 orang ahli. sebenarnya team ni pun bercampur secara tak sengaja bila ada ahli team yang pertama ada yang tarik diri jadi aku offer pada rakan-rakan lain. Celah-celah tu juga cikgu-cikgu kat sekolah aku nak ikut sama. Selain cikgui-cikgu, abang Yaakob dan brader Syed Farid serta rakan turut serta dalam team hari ini.
Memandangkan hari tu memang arus cantik aku sediakan 300 ekor udang hidup. Ni bukan pasal aku nak untung lagi tapi aku sendiri juga nak layan mancing. Nak lepas geram kerana bukan selalu dapat mancing time arus yang kita nak. Cam biasa target utama ialah bandang la.
bandang petang yang jadi lauk kat kelong
Sesampai saja kat kelong petang tu, aku bahagikan team supaya masing ada tugas. Team yang pertama seperti biasa mencari umpan tamban hidup manakala yang lain penuhkan air kolam. Tapi sayang jhanya beberapa ekor tamban saja yang dapat kerana tamban kecik masih belum pandai mengejar mata apolo. 
Sambil menyiapkan joran dan menyusun alatan tu, aku lemparkan juga 3 joran berumpan udang hidup memandangkan arus sedang menyusur kembang pasang. Target aku memang menjadi apabila 3 ekor bandang dapat dinaikan manakala 3 ekor lagi dapat melepaskan diri kerana aku sendiri yang lambat bertindak kerana asyik menyiapkan alatan.
Malam tu aku ada pacak juga joran yang heavy tetapi hanya seekor anak pari lalat skala 2 kg yang sudi mengambil umpan. yang selebihnya aku minta pemancing guna umpan udang potong dan ada juga la ikan kapas dan daun baru yang sudi menyerah diri.
Keesokan paginya arus menyusur pasang lagi. Memang cantik kalu nak duga monster kelong Pozi. Tapi sayang oleh kerana ramai pemancing malam tu agaknya membuatkan ikan tak berapa berani menghampiri kelong. Termasuk bandang yang hanya sekali menyambar umpan terus mehamburkan diri ke udara lalu menghilangkan diri. Ada sekali joran panjang aku yang aku lontar umpan tepi karang belakang dapur melentur perlahan lalu aku sentak. Terus tersangkut apabila disentak namun aku dapat rasakan ada ikan dihujung mata kail lalu aku pam perlahan-lahan. Memang sah ada ikan dihujung mata kail kertana aku dapat rasakan tentangannya yang memberatkan diri seperti menarik karang. Tak sampai 30 saat ikan pun terus memberi salam perkenalan apabila laju melarikan diri ke arah karang. Tusss putus tali utama joran aku apabila ikan melarikan diri ke arah karang. Memang tak ada rezeki hari tu. gaya tarikan memang macam kerapu tetapi entah la. Mana kita tahu, ikan dalam air. 
Semasa arus menyongsong surut, kami layan umpan udang potong saja mencari sisa ikan kapas dan daun baru. Masing-masing menggunakan rod yang lembut nak layan anak-anak ikan. Semasa kami bersiap hendak pulang, arus berubah pasang kembali. aku sudi-sudikan diri menghulur umpan udang hidup ke arah port bandang. Tanpa disangka, time nak balik ni la bandang galak menyambar umpan. Walaupun ada bandang yang berjaya meloloskan diri akhirnya 2 ekor juga yang dapat dinaikan.
 Jika ada sesiapa yang berminat hendak menggunakan aku sebagai khidmat dan menggunkan pakej aku memancing di kelong Kuala Lukut boleh call.berminat pakej guide : 01120704297  sabri


1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam