Selasa, 8 September 2015

KAWAN SEKOLAH LAMA DI KELONG MAMUD

kelong tengah Mamud
Aku mula posting mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling Seksyen 12 Petaling jaya. Tujuh tahun juga aku mengajar kat sana. Ada banyak juga kenangan suka duka bersama kawan seperjuangan kat sana. 
Setelah lama tidak bertemu, tetiba kawan lama Sham wasap kat aku nak ikut pergi memancing di Kelong Mamud. Pada rancangan awal seramai 4 orang yang nak iku tetapi oleh kerana kekangan masa dan tugas, Sham hanya datang berdua sahaja dengan kawannya.
 Oleh sebab berdua sahaja, aku pun tak banyak bahan nak aku ceritakan. Lagipun aku banyak menghabiskan masa berceloteh sahaja, al maklum la lama tak jumpa. Nasib hari tu tak beberapa nak menyebelahi melainkan 3 ekor parang dan 2 ekor talang pandan yang agak kasar sudi menyentap umpan. 
Apa pun aku mohon maaf jika terkurang layan atau terkasar bahasa. Semoga jumpa lagi kawan. berminat pakej guide : 01120704297  sabri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan