Isnin, 10 September 2012

MAJALAH UMPAN DI ATAS KELONG POZI LUKUT

kelong pelbagai spisis ikan
Perkenalan aku dengan wartawan Majalah Umpan iaitu saudara Amang berlaku secara tidak sengaja semasa aku mengikuti kursus asas memancing di Putrajaya Wetlands. Dalam duduk berbual-bual , tetiba aku mengajak Amang naik kelong Pozi. Tanpa di sangka, beliau juga sedang mencari bahan untuk cerita dalam Majalh Umpan. 
saudara Amang
Setelah hari ditetapkan, aku memilih waktu air yang terbaik untuk memancing bersama Amang dan seorang kawanya iaitu Faiz. Mungkin pada hari tersebut baru lepas ribut, maka umpan tamban kurang sangat berbanding hari biasa. Namun umpan selar kuning pula yang banyak. Nasib baik aku ada membeli umpan udang hidup yang agak banyak.Pada mulanya saudara Amang agak cuak dengan cerita2 aku tentang kelong Pozi memandangkan perairan kawasan kelong agak cetek. pada petang tu, kami hanya banyak membuang masa mengumpul tamban hidup untuk dijadikan umpan pada waktu malam. Entah bagaimana, saudara faiz berjaya mengapolo 2 ekor anak sotong gambang. Aku menyimpan anak sotong dalam kolam supaya hidup dan akan digunakan hanya pada waktu yang sesuai sahaja. 
bonus menaikan gerung belang
Pada awal malam tu, aku berjaya menaikan seeokr pari karang berskala 1.5 kg. Selepas itu salah satu joran aku dihentak kasar lalu disambut oleh saudara Faiz tetapi sayang sekali kerana rabut di atas kesilapan aku mengikat perambutSelepas tu tiada lagi ragutan setelah berkali umpan ditukar melainkan saudara Amang berjaya menaikan seekor todak bersaiz 2.5 kg yang pada mulanya disangkakan alu2. Pada tengah malam, 2 orang sahabat kelong aku turut menyertai kami memancing di atas kelong iaitu saudara Man dan adiknya.
Keesokan pagi, man berjaya menaikan seekor tetanda, malangnya bagi aku masih tiada ragutan ikan langsung.  oleh kerana bosan menunggu, aku menukar umpan2 pada joran aku dan juga joran wartawan Majalah Umpan. Mungkin kerajinan aku menukar umpan, salah satu joran saudara Amang melengkung dan berdesing tali keluar dari reel. Saudara Amang melayan ikan tersebut sehingga menampakkan diri iaitu seekor gubal bersaiz 3 kg ke kaki tangga lalu cuba ditangguk oleh saudara Man tetapi gagal. Dalam percubaan kedua saudara man menangguk, gubal tersebut membuat satu u turn mengucapkan selamat tinggal kepada saudara Amang yang nampak begitu kecewa.
Saudara Amang berminat memburu jenahak seperti ini
Oleh kerana tiada bahan yang menarik untuk dijadikan ceritdalam majalah, kami meneruskan aktiviti memancing hingga ke petang walaupun harapan seperti telah diketahui iaitu makin tipis. Semasa air mula bergerak pasang, aku menukar umpan2 pada joran Amang dan faiz menggunakan umpan udang hidup dengan harapan ebek atau daun baru sudi menjamah umpan. Tetiba, tanpa disangka, salah sebatang joran saudara Faiz yang aku pasang di tepi kelong berdesing nyaring dengan tali utama bergerak laju keluar dari reel. Joran tersebut disambut oleh saudara man lalu di pulangkan semula kepada pemiliknya iaitu saudara Faiz. Saudara faiz yang agak panik melihat tali utamanya yang keluar laju hanya berdiri dan bertahan sahaja. Aku yang melihat keadaan tersebut tanpa segan silu terus menyambar joran dari tangan saudara Faiz lalu mengepam sekuat yang mungkin kerana ikan tersebut seperti mahu masuk ke bawah kelong dalam usaha menyelamatkan diri. Ikan yang kami sangka seekor pari mula  timbul di permukaan air. Gerung... gerung belang yang timbul membuatkan kami semua bersorak kegembiraan. Akhirnya aku berasa terlepas satu bala apabila ada bahan yang boleh dijadikan cerita dalam majalah. 
inilah hasil setelah ditolak yang rabut
2 minggu selepas itu, saudara Amang datang kembali ke kelong kerana mahu mencari lebih banyak bahan untuk dijadikan cerita dalam majalah. Dalam pertengahan bulan ogos 2012, cerita kelong pozi keluar dalam majahah Umpan. bukan itu sahaja, ada satu lagi ruangan tentang trip saudara Amang ke kelong Pozi turut dimuatkan dalam majah Umpan. kembang hidung aku juga melihat foto aku turut dimuatkan dalam majalah.
Aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Saudara Amang dan gang2nya kerana sudi menerima jemputan aku dan juga Pozi. Jika ada sesiapa yang berminat menggunakan khidmat guide di kelong bolehlah menghubungi saya di talian.berminat pakej guide : 01120704297  sabri
kursus memancing

dalam majalah Umpan

dalam majalah Umpan

dalam majalah Umpan

1 ulasan:

  1. Sotong datang berkunjung ke sini..
    http://sotonglaut.blogspot.com/

    BalasPadam